Thursday, January 14, 2016

kau lupa satu.

ada suatu tika kau mahu sesuatu.
kau adukan pada  Dia
kau luahkan semua

sebab kau tahu..
kau tahu Dia tahu.

Dia rindu.
rindu rintihan kau sebagai hamba.

maka dihadirkan sesuatu agar kau ingat pada Dia.
agar kau tahu, kau masih ada tempat untuk kau luah semua yang terbuku.

Dia rindu,

kau doa.
kau mengadu pada Dia.
kau kata kau dah puas mencuba.
kau kata kau dah penat.
kau kata kau dah tak larat.
kau kata kau tak kuat.

tapi sayang, kau lupa satu.

Dia lebih tahu.
Dia tahu kau mampu.

Dia sayangkan kau. 
mana mungkin Dia hadirkan ujian yang tak mampu kau hadap.

kau terus berdoa.
 kau harap moga2 esok lusa kau dapat apa yang kau hajat

dan kau terus menanti.
tapi masih tak dapat apa yang diharap.
kau pendam rasa kecewa.
kau menangis luka.

kau lupa satu.
ya, kau terlalu kecew sebab kau lupa satu.
kau lupa.

Dia adalah sebaik2 perancang

Dia tahu apa yang terbaik untuk kau.
Dia tak berikan apa yang kau mahu.
sebab Dia tahu.
itu bukan yang terbaik buatmu

Allah sayang kau.
itu kau perlu tahu.

apa yang kau mahu itu belum tentu yang terbaik kau.
kau perlu ingat itu.



Wednesday, January 6, 2016





at this age, I reach to the point which I keep asking to myself.

" Your parents have raise you for years, but what did you give them as something in return? "










Friday, December 4, 2015

rapuh.





ada masanya kau cuba untuk kuat.
tapi kadang kau gagal.
kau cuba untuk telan segala rasa.
kau pamerkan riak muka biasa.
tapi sayang kau rapuh juga ada tikanya.

kau cuba untuk pujuk hati sendiri.
tapi sayangnya kau tak kuat.
jatuh jua air mata.

kala itu kau tahu.
ujian itu mungkin terlalu berat buatmu.
sebab kau lebih tahu.
watakmu watak kental.
mudah menangis itu bukan sifatmu.

tapi ada tikanya kau kalah.
biasalah kau jua manusia.
tak lari dripada segala rasa.

tak salah.
mengalah pada perasaan itu tak salah.
menangis itu tak bermakna kau mengalah
kau bisikkan pada diri.
kau cuba untuk tenangkan hati.

kau tahu ada hikmahnya di sebalik tiap yang berlaku.
kau tahu kau masih ada Dia untuk kau luah segala rasa yang terbuku
kau tahu rencana Allah itu adaah sentiasa yang terbaik buatmu.

kau tahu yang Allah itu lebih tahu.

menangislah.
tak salah.

Monday, November 30, 2015

It Ain’t About How Hard You Hit.






Rocky Balboa: Let me tell you something you already know. The world ain’t all sunshine and rainbows. It’s a very mean and nasty place, and I don’t care how tough you are, it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain’t about how hard you hit. It’s about how hard you can get hit and keep moving forward; how much you can take and keep moving forward. That’s how winning is done! Now, if you know what you’re worth, then go out and get what you’re worth. But you gotta be willing to take the hits, and not pointing fingers saying you ain’t where you wanna be because of him, or her, or anybody. Cowards do that and that ain’t you. You’re better than that!



I find it inspiring =)


Sunday, November 22, 2015

cuba.



cuba

walau susah mana pun sesuatu perkara
ajarkan pada diri untuk terus mencuba

sampai satu tahap pabila kau rasa kau tak mampu untuk cuba
saat itu baru kau bertanya

dalam hidup, kau perlu tahu untuk usaha
jangan hanya tahu bertanya

apa kau fikir mereka di keliling tak mencuba sebelum jumpa?
apa kau fikir mereka di keliling tak penat mencari sebelum jumpa?

ahh kau tahu apa
susahnya mencari sebelum jumpa sedang kau hanya tahu bertanya.

orang tak selalu ada untuk suapkan apa yang kau mahu
sebelum betanya cubalah dulu.