Tuesday, June 30, 2015

"shaz"

*pandang ke arah manusia yang memanggil, pamer riak muka bertanya

"cuba senyum sikit"

*sengih sikit

                           ...........................................................................................

minggu nie je dah dua kali kena tegur dek kerana muka tak beriak yang dipamer ke orang keliling
lagi2 bila yang berlainan jantina yang menegur. 

it is a habit bro. deal with it.

they ain't call me heartless for no reason though.

Sunday, June 14, 2015

deep.

"Saya dalam gelap.
Dan salah siapa kalau saya tak nampak?
Kenapa orang keliling hanya pandai bising.
Tapi tak pandai menghulur tangan?

Jangan pernah 'judge' masa lampau orang lain. Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita.

Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercemar noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor.

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita sinsing lengan untuk membetulkan dan membantu.

Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.

Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik hingaa ke penghujung nyawa. Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna. Minta dengan doa."

[hlovate-anthem;]

her (kot?) words never failed untuk beri kesan ke hati.

Saturday, April 4, 2015

kala susah.


tak ramai yang akan ada kala kau susah
tak ramai yang akan ada untuk hulurkan tangan kala kau jatuh tika jalan

ajar diri untuk kuat biar kau tak terlalu bergantung harap pada insan

supaya nanti andai kata kau tempuh saat sukar
kau mampu kuatkan diri tanpa harap ihsan insan

supaya nanti bila kau tersungkur saat berjalan
kau mampu bangun terus menapak tanpa tempang harapkan belas ihsan

cubalah
sesekali tue cubalah jangan berharap pada insan.




Sunday, January 4, 2015

................








.................................

Eh tipu lah kalau aku kata, kenangan tu tak pernah terlintas langsung .

Aku bukannya ada  magic pun nak delete some memory yang aku tak perlu tu permanently. 

Kau pernah wujud kot.