Saturday, May 21, 2016

;

'The moment you're ready to give up is usually the moment right before the miracle happens'

hidup deal dengan codes nie kalau run2 jumpa error nie, memang boleh buat murung.
satisfaction tue takde.

cuba bila codes kau mampu run helok
tak ke rasa puas je balik tak payah fikir apa dalam kepala.

tapi ada masa, semalam kau run dia error
esoknya kau buat balik run benda sama eh2 smooth pulak jalan dia.
bijak pulak program nie fix error sendiri.
dah kenapa?

time tue mungkinlah kau bertuah.
kalau nak harap setiap kali error kau bertuah, harapanlah.







Thursday, January 14, 2016

kau lupa satu.

ada suatu tika kau mahu sesuatu.
kau adukan pada  Dia
kau luahkan semua

sebab kau tahu..
kau tahu Dia tahu.

Dia rindu.
rindu rintihan kau sebagai hamba.

maka dihadirkan sesuatu agar kau ingat pada Dia.
agar kau tahu, kau masih ada tempat untuk kau luah semua yang terbuku.

Dia rindu,

kau doa.
kau mengadu pada Dia.
kau kata kau dah puas mencuba.
kau kata kau dah penat.
kau kata kau dah tak larat.
kau kata kau tak kuat.

tapi sayang, kau lupa satu.

Dia lebih tahu.
Dia tahu kau mampu.

Dia sayangkan kau. 
mana mungkin Dia hadirkan ujian yang tak mampu kau hadap.

kau terus berdoa.
 kau harap moga2 esok lusa kau dapat apa yang kau hajat

dan kau terus menanti.
tapi masih tak dapat apa yang diharap.
kau pendam rasa kecewa.
kau menangis luka.

kau lupa satu.
ya, kau terlalu kecew sebab kau lupa satu.
kau lupa.

Dia adalah sebaik2 perancang

Dia tahu apa yang terbaik untuk kau.
Dia tak berikan apa yang kau mahu.
sebab Dia tahu.
itu bukan yang terbaik buatmu

Allah sayang kau.
itu kau perlu tahu.

apa yang kau mahu itu belum tentu yang terbaik kau.
kau perlu ingat itu.



Wednesday, January 6, 2016





at this age, I reach to the point which I keep asking to myself.

" Your parents have raise you for years, but what did you give them as something in return? "