Friday, December 4, 2015

rapuh.





ada masanya kau cuba untuk kuat.
tapi kadang kau gagal.
kau cuba untuk telan segala rasa.
kau pamerkan riak muka biasa.
tapi sayang kau rapuh juga ada tikanya.

kau cuba untuk pujuk hati sendiri.
tapi sayangnya kau tak kuat.
jatuh jua air mata.

kala itu kau tahu.
ujian itu mungkin terlalu berat buatmu.
sebab kau lebih tahu.
watakmu watak kental.
mudah menangis itu bukan sifatmu.

tapi ada tikanya kau kalah.
biasalah kau jua manusia.
tak lari dripada segala rasa.

tak salah.
mengalah pada perasaan itu tak salah.
menangis itu tak bermakna kau mengalah
kau bisikkan pada diri.
kau cuba untuk tenangkan hati.

kau tahu ada hikmahnya di sebalik tiap yang berlaku.
kau tahu kau masih ada Dia untuk kau luah segala rasa yang terbuku
kau tahu rencana Allah itu adaah sentiasa yang terbaik buatmu.

kau tahu yang Allah itu lebih tahu.

menangislah.
tak salah.

Monday, November 30, 2015

It Ain’t About How Hard You Hit.






Rocky Balboa: Let me tell you something you already know. The world ain’t all sunshine and rainbows. It’s a very mean and nasty place, and I don’t care how tough you are, it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain’t about how hard you hit. It’s about how hard you can get hit and keep moving forward; how much you can take and keep moving forward. That’s how winning is done! Now, if you know what you’re worth, then go out and get what you’re worth. But you gotta be willing to take the hits, and not pointing fingers saying you ain’t where you wanna be because of him, or her, or anybody. Cowards do that and that ain’t you. You’re better than that!



I find it inspiring =)


Sunday, November 22, 2015

cuba.



cuba

walau susah mana pun sesuatu perkara
ajarkan pada diri untuk terus mencuba

sampai satu tahap pabila kau rasa kau tak mampu untuk cuba
saat itu baru kau bertanya

dalam hidup, kau perlu tahu untuk usaha
jangan hanya tahu bertanya

apa kau fikir mereka di keliling tak mencuba sebelum jumpa?
apa kau fikir mereka di keliling tak penat mencari sebelum jumpa?

ahh kau tahu apa
susahnya mencari sebelum jumpa sedang kau hanya tahu bertanya.

orang tak selalu ada untuk suapkan apa yang kau mahu
sebelum betanya cubalah dulu.







Thursday, November 19, 2015

bangun.



Image result for emoji hands
jatuh .bangun.

bilamana kau berada di atas. terima kata pujian orang.  rasa itu buat kau bahagia.
kau asyik dengan pujian keliling sampai buat kau terleka.
hingga adakala kau mendongak bangga

dan tiba satu masa kau terjatuh dari tempat yang awalnya buat kau bahagia.
saat itu baru kau sedar, ahhh kejayaan yang kau kecap dulu bahagianya cuma seketika.

lalu kau cuba untuk mengerti.
ye, kau sedang diduga.

kau gagahkan diri untuk terus bangkit dari jatuh yang buat kau pedih.
kau cuba untuk tak kenal erti lelah yang adakala buat kau perih.

tapi kadang kau kalah.

saat itu kau persoalkan pada diri
kalau dulu kau boleh mengapa tidak detik ini?
kalau dulu kau kuat mengapa tidak kini?

kau cuba yakinkan diri.
ada sesuatu yang kau perlu belajar dari jatuh yang ini.

dan kini kau masih melangkah mencari diri sendiri.









Tuesday, June 30, 2015

"shaz"

*pandang ke arah manusia yang memanggil, pamer riak muka bertanya

"cuba senyum sikit"

*sengih sikit

                           ...........................................................................................

minggu nie je dah dua kali kena tegur dek kerana muka tak beriak yang dipamer ke orang keliling
lagi2 bila yang berlainan jantina yang menegur. 

it is a habit bro. deal with it.

they ain't call me heartless for no reason though.

Sunday, June 14, 2015

deep.

"Saya dalam gelap.
Dan salah siapa kalau saya tak nampak?
Kenapa orang keliling hanya pandai bising.
Tapi tak pandai menghulur tangan?

Jangan pernah 'judge' masa lampau orang lain. Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita.

Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercemar noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor.

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita sinsing lengan untuk membetulkan dan membantu.

Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.

Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik hingaa ke penghujung nyawa. Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna. Minta dengan doa."

[hlovate-anthem;]

her (kot?) words never failed untuk beri kesan ke hati.

Saturday, April 4, 2015

kala susah.


tak ramai yang akan ada kala kau susah
tak ramai yang akan ada untuk hulurkan tangan kala kau jatuh tika jalan

ajar diri untuk kuat biar kau tak terlalu bergantung harap pada insan

supaya nanti andai kata kau tempuh saat sukar
kau mampu kuatkan diri tanpa harap ihsan insan

supaya nanti bila kau tersungkur saat berjalan
kau mampu bangun terus menapak tanpa tempang harapkan belas ihsan

cubalah
sesekali tue cubalah jangan berharap pada insan.




Sunday, January 4, 2015

................








.................................

Eh tipu lah kalau aku kata, kenangan tu tak pernah terlintas langsung .

Aku bukannya ada  magic pun nak delete some memory yang aku tak perlu tu permanently. 

Kau pernah wujud kot.