bile dapat result then tgok gred untuk physics yang tak berape best..buat aku tak terase nak ambik engineering..rase macam takde minat nak ambik chemical engineering bile tgok subject chemistry bukan A+..bersyukur dengan ape yang dikurniakanNYA..jangan riak,cukup.ade hikmah.mane nak taw tue petunjuk untuk diri nak kasi fikir mane yang layak mane yang tak..
ye,Allah taw ape yang terbaek..usaha itu perlu..
sekarang terase nak stick dengan cita2 nak jadi aktuari..sains aktuari..
result spm membawa aku ke arah itu..petunjuk mungkin..ye,nombor tue kawan bile stress dengan the other subject lagi2 bio..tapi, major tak taw sains aktuari tue ape..
nah bace nie..copy paste blog orang..nak cerita sendiri takde exprience.
"Secara kasarnya,Aktuari adalah aplikasi matematik dan statistik dalam model harian biasa seperti pencen, kebanyakannya insurans,pelaburan,membuat tuntutan dan EPF,KWSP,dan seumpamanya.Biasanya dalam aplikasi sains yang lain kita ada experiment,jd memandangkan dalam math xde experiment,so kita guna something yang kita panggil model matematik,dalamnya kita kena tahu nak buat prediction untuk masa hadapan(main point yang aktuari buat) ,dlm experiment kimia kalau campur2 so bleh dapat result,but actuary kena guna model untuk dapat result.
Aktuari berbeza dengan budak math n statistik sbb dia guna math n statistic utk aplikasi,tp math belajar ruang mcm vektor ,space,jisim n bdak statik byk belajar theoram n prove theoram yang agak bosan n bukan aplikasi.Jarg org yg pandai dlm kedua2nya,biasanya samada stat atau math,tp bg sy statistic lg susah sbb kena imagine ,bukan mcm math just follow the rules shj.Aplikasi yang biasa dibuat adalah predict berapa nilai yang akan diberi kepada org yang beli insurance,berapa dia perlu byr,berapa ada dlm bank(biasanya ini pentg untk bank negara nak tengok reserve)supaya bleh penetrate bila ada case mcm skang,agak darurat.So dengan model yang biasa kita guna,Normal Dist,Gamma Dist.,Exponential Dist.,semua benda ini bleh diterjemahkan dalam bentuk graph,bleh pakai excel je.
Itulah aktuari secara kasarnya,buat prediction untuk masa hadapan berdasarkan data skang dan model yang sesuai dengan sampel data yang diambil.Rasanya xde kos yang senang kalau kita anggap susah kan,so for this one better to think it is easy since you will expose to something yang susah susah but interesting ,you akan appreciate the thing kalau dah faham.Seriously,just take it if you are very good at math.But jgn cari pasal kalau rasa xmampu sbb you will get nothing at the end of the day,better ambik kos lain since this course ramai yang akan fail paper math mcm Calculus,LinearAlgebra,Differential Equation n Probability utk Statistic paper."
"Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.
Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.
Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi."
TEMPAT AKTUARI BEKERJA
Sejarah awal menunjukkan bahawa tugas-tugas aktuari berkait dengan kehidupan dan perniagaan terutamanya kemortalan dan faedah kompaun. Peranan aktuari juga berkait rapat dengan risiko kewangan. Daripada aktiviti-aktiviti ini, tugas aktuari telah tersebar merangkumi insurans dan pelaburan.
Di Amerika Utara dan Australia, di antara penglibatan aktuari adalah dalam lapangan;
* perancangan strategik
* Risiko persekitaran
* Demografi
* Peramalan cuaca
* Insurans kesihatan
* Pengurusan harta benda & dana
* Firma undang-undang
Di negara-negara lain, peranan aktuari tertumpu di sektor insurans dan pelaburan serta pengurusan sistem sekuriti kewangan.
Terdapat juga aktuari yang bekerja sebagai Perunding. Mereka membekalkan khidmat nasihat kepada syarikat dan badan-badan lain yang tidak menggaji pekerja-pekerja aktuari. Biasanya nasihat perunding merangkumi isu-isu yang luas, tumpuan perunding individu selalunya terhadap perkembangan kepakaran aktuari di dalam penggunaan persekitaran perniagaan.
Seorang aktuari juga boleh bekerja dalam sektor kerajaan. Mereka biasanya ditugaskan untuk menguruskan pelan pencen atau insurans kerajaan. Ramai aktuari juga bekerja dalam profesion pendidikan sebagai pensyarah-pensyarah di Universiti.
SIAPAKAH YANG PATUT MENJADI SEORANG AKTUARI?
1) Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik
2) Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari
sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.
3) Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
4) Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
5) Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
6) Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan.
"Mereka yang berminat dengan angka-angka kerjaya di bidang sains aktuari adalah pilihan yang tepat. Ini kerana tugas ahli aktuari ialah membuat tafsiran untuk mencari nilai yang melibatkan nilai tanah, aset atau insurans.
Selain itu, lulusan bidang ini boleh menceburi pekerjaan seperti pegawai pengunderitan, pegawai tuntutan, pegawai bank, ahli aktuari di syarikat insurans, perunding aktuari dan pengurus."