Saturday, March 24, 2012

sains aktuari.


bile dapat result then tgok gred untuk physics yang tak berape best..buat aku tak terase nak ambik engineering..rase macam takde minat nak ambik chemical engineering bile tgok subject chemistry bukan A+..bersyukur dengan ape yang dikurniakanNYA..jangan riak,cukup.ade hikmah.mane nak taw tue petunjuk untuk diri nak kasi fikir mane yang layak mane yang tak..

ye,Allah taw ape yang terbaek..usaha itu perlu..

sekarang terase nak stick dengan cita2 nak jadi aktuari..sains aktuari..

result spm membawa aku ke arah itu..petunjuk mungkin..ye,nombor tue kawan bile stress dengan the other subject lagi2 bio..tapi, major tak taw sains aktuari tue ape..

nah bace nie..copy paste blog orang..nak cerita sendiri takde exprience.


"Secara kasarnya,Aktuari adalah aplikasi matematik dan statistik dalam model harian biasa seperti pencen, kebanyakannya insurans,pelaburan,membuat tuntutan dan EPF,KWSP,dan seumpamanya.Biasanya dalam aplikasi sains yang lain kita ada experiment,jd memandangkan dalam math xde experiment,so kita guna something yang kita panggil model matematik,dalamnya kita kena tahu nak buat prediction untuk masa hadapan(main point yang aktuari buat) ,dlm experiment kimia kalau campur2 so bleh dapat result,but actuary kena guna model untuk dapat result.

Aktuari berbeza dengan budak math n statistik sbb dia guna math n statistic utk aplikasi,tp math belajar ruang mcm vektor ,space,jisim n bdak statik byk belajar theoram n prove theoram yang agak bosan n bukan aplikasi.Jarg org yg pandai dlm kedua2nya,biasanya samada stat atau math,tp bg sy statistic lg susah sbb kena imagine ,bukan mcm math just follow the rules shj.Aplikasi yang biasa dibuat adalah predict berapa nilai yang akan diberi kepada org yang beli insurance,berapa dia perlu byr,berapa ada dlm bank(biasanya ini pentg untk bank negara nak tengok reserve)supaya bleh penetrate bila ada case mcm skang,agak darurat.So dengan model yang biasa kita guna,Normal Dist,Gamma Dist.,Exponential Dist.,semua benda ini bleh diterjemahkan dalam bentuk graph,bleh pakai excel je.

Itulah aktuari secara kasarnya,buat prediction untuk masa hadapan berdasarkan data skang dan model yang sesuai dengan sampel data yang diambil.Rasanya xde kos yang senang kalau kita anggap susah kan,so for this one better to think it is easy since you will expose to something yang susah susah but interesting ,you akan appreciate the thing kalau dah faham.Seriously,just take it if you are very good at math.But jgn cari pasal kalau rasa xmampu sbb you will get nothing at the end of the day,better ambik kos lain since this course ramai yang akan fail paper math mcm Calculus,LinearAlgebra,Differential Equation n Probability utk Statistic paper."



"Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.

Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.

Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi."

TEMPAT AKTUARI BEKERJA

Sejarah awal menunjukkan bahawa tugas-tugas aktuari berkait dengan kehidupan dan perniagaan terutamanya kemortalan dan faedah kompaun. Peranan aktuari juga berkait rapat dengan risiko kewangan. Daripada aktiviti-aktiviti ini, tugas aktuari telah tersebar merangkumi insurans dan pelaburan.

Di Amerika Utara dan Australia, di antara penglibatan aktuari adalah dalam lapangan;
* perancangan strategik
* Risiko persekitaran
* Demografi
* Peramalan cuaca
* Insurans kesihatan
* Pengurusan harta benda & dana
* Firma undang-undang

Di negara-negara lain, peranan aktuari tertumpu di sektor insurans dan pelaburan serta pengurusan sistem sekuriti kewangan.

Terdapat juga aktuari yang bekerja sebagai Perunding. Mereka membekalkan khidmat nasihat kepada syarikat dan badan-badan lain yang tidak menggaji pekerja-pekerja aktuari. Biasanya nasihat perunding merangkumi isu-isu yang luas, tumpuan perunding individu selalunya terhadap perkembangan kepakaran aktuari di dalam penggunaan persekitaran perniagaan.

Seorang aktuari juga boleh bekerja dalam sektor kerajaan. Mereka biasanya ditugaskan untuk menguruskan pelan pencen atau insurans kerajaan. Ramai aktuari juga bekerja dalam profesion pendidikan sebagai pensyarah-pensyarah di Universiti.


SIAPAKAH YANG PATUT MENJADI SEORANG AKTUARI?

1) Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik
2) Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari
sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.
3) Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
4) Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
5) Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
6) Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan.

"Mereka yang berminat dengan angka-angka kerjaya di bidang sains aktuari adalah pilihan yang tepat. Ini kerana tugas ahli aktuari ialah membuat tafsiran untuk mencari nilai yang melibatkan nilai tanah, aset atau insurans.
Selain itu, lulusan bidang ini boleh menceburi pekerjaan seperti pegawai pengunderitan, pegawai tuntutan, pegawai bank, ahli aktuari di syarikat insurans, perunding aktuari dan pengurus."


Sunday, February 5, 2012

five O four a.k.a five dynamic

aku sayang kelas ini

even bersepah gila.


even selalu dilaser cikgu fazilah..

even selalu dibebel cikgu jamilah..

even kelas nie agak slow dalam belajar..bukan semua tapi certain..

even kami dilabel kelas yang malas sebab tak pernah nak dpt ranking no1 dlm manea2 subjek..

even kami kelas sir izwan yang belajar pon macam tak belajar sebab sir kami sporting selalu kasi tgok movie di reading room dan boley main tataw ape nama game tue tapi using chair beberaps minggu sebelum spm.

even kami pernah buat cikgu latipah touching dan kami bagi utusan kad yang berisikan kate2 maaf..

even kami tak berape hebat dlm add math dan kami ade anas dan wan saadah yang hebat add maths..dan teacher nolie yang memang sabar melayan kerenah kami yang macam kanak2..

even kami selalu tak fokus time sejarah dan ckgu zul still boley sembang dgn ktrg gaya macam bapak dengan anak..dan ak salah seorang anak murid dia yang paling susah nak bukak mate bila cikgu dah mula mengajar..

even ustaz zaid kami tak pernah nak penat mengutus kata2 nasihat..dan ak pernah ditegur sebab asyik tido dalam kels beliau..

even cigu rahimy yang sentiasa tersenyum melayan tingkah kami..mengajar physics dan selalu bagi kami balik awal sebab taw anak murid die dah tunjuk muka gaya tak makan berapa bulan..

even cikgu zul penat nak menerangkan konsep2 biology..dan dia guru cemerlang di maktab..

tapi kami memang hebat..

kami bukan nerd yang mengadap buku 24/7..

kelas yang bising 24/7..sebab akan ade sesiapa yang volunteer jadi penceria suasana..

at least kami bukan kelas mayat..yang pasif tiap mase..

five O four ade anas yang hebat semue subject

juga hairi yang terkenal dengan panggilan mat len yang selalu nak lentok dalam kelas

juga azrul yang jarang nak sembang dengan budak laen

juga kimi yang kerjanye nak mengacau orang tak habis2 melaenkan bile die nak study

juga naim yang moodnye tak boleh nak diduga.

juga azmil dengan angannye nak jadi datuk dan cukup jarang nak senyap dalam kelas

juga pakjan yang tak pernah kering idea dengan ayat2 bajetnye.

juga syud dengan kecohnye.

juga pakwan si penceria suasana.

juga zaid dengat sakatnye.

juga hasbul dengan kelamnye.

juga aina dengan bisingnye.

juga syikin dengan ayat merapunye..

juga meen dengan mukenye yang cun.

juga dayah yang suke bercerita.

juga am dengan bio nye yang tak habis2.

juga qila ramzi dengan kreatifnye.

juga dila aziz yang banyak cakap juge.

juga afini yang selalu jadi sasaran kene sakat dengan si budak lelaki.

juga farah zafirah yang selalu jadi penyumbang terbesar dalam menyumbang biskut dan nescafenye kat kelas.

juga shila yang rajin bertanye.

juga najwa dengan ayat bm nye.

juga wan dengan otak mathnye

juga qila khalid dengan bukunye tiap mase.

juga fifa dengan ayunye.