Kau pernah rasa tak , that feeling bila mana kau sentiasa lebihkan orang lain berbanding diri kau sendiri tapi pada akhirnya, tak langsung dihargai ?
Sakitnya tak main main. Macam dikhianati.
It wounded me to the core .
Bukan yang pertama kali, tapi sakitnya masih sama.
Rasa bodoh sebab macam i've never learned my lesson.
Masih cuba untuk memewahkan sebab entah lah, mungkin atas rasa kesian ?
Sebab kalau nak di ikutkan , itu bukan tanggungjawab pun, tapi melihat orang lain gembira tu is part of my happiness juga.
Niat cuma untuk menggembirakan.
Mungkin selepas ini, aku patut lebihkan diri sendiri berbanding yang lain.
Sekurang-kurangnya tiada kecewa. Tiada sakit. Tiada air mata yang tumpah dek rasa dikhianati.
Mungkin salah sendiri sebab terlalu suka memberi tapi lupa pada diri yang perlu juga untuk dirai.
Hidup dengan manusia toxic ni terlalu melelahkan ya .
Aku patut amalkan prinsip ignorance is a bliss supaya aku tak dibelenggu depresi gamaknya.